Thursday, November 26, 2009

Majlis Pelancaran Portal PUSAT INTERNET DESA




Majlis Pelancaran Portal PID dirasmikan oleh YB. Dato' Joseph Salang anak Gandum, Timbalan Menteri 1, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama YB. Datuk Ambrose Blikau anak Enturan, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Kemudahan Awam dan YB. Tuan Alexander Nanta Linggi, Ahli Parlimen Kapit.

 
Ucapan daripada YB. Dato' Joseph Salang anak Gandum,
Timbalan Menteri 1, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Tuesday, November 17, 2009

Latar Belakang Pekan SONG


  • Perjalanan ke Pekan Song mengambil masa dua jam dari Bandar Sibu. Dan satu jam dari Kapit ke Song.
  • Populasi penduduk terdiri daripada kaum melayu, cina, iban, orang ulu dan lain-lain.
  • Pekerjaan penduduk merangkumi sektor awam, pertanian, pertanian sara diri, berniaga dan lain-lain
  • Kemudahan awam terdiri daripada surau, masjid, balairaya, tabika, padang sukan, sekolah dan gelanggang sukan.
  • Kemudahan infrastruktur terdiri daripada bot ekspress, van dan perahu panjang.
Kemudahan Awam











Surau











Gereja


Kemudahan Infrastruktur











Terminal Express Song - Sibu, Song - Kapit.











Pengangkutan utama perahu panjang






Monday, November 16, 2009

Perkhidmatan

PID Song telah menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti;

  • Kelas Komputer 
  • Internet
  • Fax
  • Khidmat nasihat ICT
  • 'Print Out'
  • 'Scanner'
  • Wireless
  • Burn CD
  • Pembelian tiket kapal Terbang
  • Menolong komuniti menaip surat

Pengenalan


Pusat Internet Desa (PID) merupakan salah satu inisiatip Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dalam usaha untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat Malaysia. PID yang pertama telah ditubuhkan pada bulan April 2000 dan hingga kini terdapat 42 PID di seluruh negara yang dilengkapi dengan peralatan komputer, talian internet, mesin pencetak, mesin pengimbas, dam lain-lain.


Adalah  menjadi hasrat KPKK untuk menaiktarafkan fungsi 42 PID tersebut kepada satu pusat sehenti yang boleh memberi peluang-peluang digital kepada komuniti di luar bandar dalam membentuk satu masyarakat Malaysia yang berilmu. Proses penaiktarafan ini dilaksanakan secara berperingkat yang merangkumi peningkatan peralatan, kapasiti penyelia dan penglibatan komuniti.



  • Setiap PID telah menerima peralatan baru seperti komputer riba, mesin faksimili, projektor, dan peralatan internet tanpa wayar.


  • Latihan menambahbaikkan kapasiti para penyelia telah dan sedang dijalankan agar mereka menjadi juru motivasi yang lebih efektif kepada komuniti dan sebagai usahawan sosial;


  • Bagi penglibatan komuniti pula, PID telah menubuhkan Kelab Usahawan Sosial dan melakukan pelbagai aktiviti dengan penyertaan aktif komuniti.

Kini, kesemua 42 PID di seluruh Malaysia telah berjejaring dengan aktif bagi memberikan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti. Sebagai sebuah keluarga, rangkaian PID ini juga disokong oleh PID Network Hub (PNH) untuk tujuan promosi, latihan, berjejaring, rakan-kongsi, portal pemanfaatan web 2.0 dan lain-lain.


Dengan segala usaha yang telah dijalankan ini diharap pelbagai kemudahan yang disediakan seperti latihan komputer dan internet, perkhidmatan online, dan peluang-peluang digital dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat dengan sebaik-baiknya dan akhirnya PID mampu berdikari.